Letupan Beirut 2020
Letupan Beirut 2020

Letupan Beirut 2020

Pada waktu petang 4 Ogos 2020, pada jam 18:08 EEST, letupan berganda berlaku di bandar Beirut, ibu negara Lubnan.[1] Letupan ini berlaku di Pelabuhan Beirut dan mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang maut dan sekurang-kurangnya 4,000 orang tercedera.[2][3][4][5] Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan antara 200,000 dan 250,000 orang kehilangan rumah oleh letupan ini.[6]Letupan utama berhubung lebih kurang 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang telah dirampas oleh pemerintah Lubnan daripada sebuah kapal terbiar dan disimpan di pelabuhan tanpa langkah keselamatan selama enam tahun sebelumnya.[5] Ammonium nitrat mempunyai sejarah panjang bencana industri di seluruh dunia, dan oleh itu telah diberhentikan secara berperingkat-peringkat disebabkan kebimbangan salah guna dan keselamatan.[7] Anggaran kesan setaraan bagi letupan ini antara 100| hingga 3000 tan metrik TNT.[8][9][10]

Rujukan

WikiPedia: Letupan Beirut 2020 http://www.dailystar.com.lb/News/Lebanon-News/2020... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=L... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.thenational.ae/world/mena/what-caused-... https://www.aljazeera.com/news/2020/08/huge-explos... https://www.aljazeera.com/news/2020/08/large-explo... https://www.aljazeera.com/news/2020/08/lebanon-ord... https://www.aljazeera.com/news/2020/08/officials-k... https://apnews.com/7a104960789d9b25e89a889fbbc125e... https://www.arabnews.com/node/1714831/middle-east